Hati Yang Terluka – karya : Muhammad Nabawi

Malam yang kian mencekam
hanya terdengar desah nafas kehidupan
binatang malam nyayikan kidung kerinduan
dewi malam bergelayut manja
dalam dekapan sang bayu…

terdengar lagi saat itu..
dengan kata – kata manis bibirmu..
mengungkapkan rindu..
mengungkapkan kau sayang pada ku..
hingga aku tertunduk malu..

salahkah aku berkata jujur pada mu dulu…..
salahkah aku menyangi diri mu..
salahkah diri ku pada mu?

pernah dulu kau berkata..
bahawa akulah lelaki pilihan mu..
telah ku janji bulan itu
akan ku sarung cincin dijarimu…

namun tiga hari pemergian ku..
kau percaya manusia durjana..
menghancur suka gembira..
menjadi gelap gempita..
senyummu bertukar serigala…
tawamu bertukar hilai sangsapurba..
segala percayamu kau buang bergitu saja..

hingga kau membuang aku..
jauh dari hidup mu..
dan kau carik hatiku..
ku kutip dan ku cantum satu demi satu…

hinakah aku..?
kejikah aku..?
dayuskah aku?
segalanya kau lontar..
dari suara merdu mu dulu…
hanya terima kasih..
yang mampu ku ucapkan pada waktu itu….

sedangkan akulah selama ini yang menanti disisimu..
bersamamu waktu susah dan senangmu..
tapi akhirnya bergini sikapmu..
aku tetap pasrah berlagu pilu..

bila melihat dirimu kini..
hatiku berdarah tidak berhenti..
wajahku senyum..
hatiku hiba..
hati ingin bertanya
dan bertegur sapa…
namun wajahku berpaling..
mulut diam membisu…

sukarnya aku untuk melepaskan dirimu…
kerana sekian lama kau begitu sebati dijiwaku..
teganya dirimu membuang aku dan berlalu..
seolah aku ini langsung tiada harga bagi mu…

kau yang telah pergi tinggalkanku
menangis dan terluka oleh cintamu
dan tak sedikitpun kau peduli itu

apakah hatimu telah tertutup untukku?
apakah tak ada tempat lagi untukku?

tak akan aku ingat lagi
sakit hati yang telah kau buat
aku akan merelakanmu pergi
biarlah aku sendiri..

sepi hati ini membawa ku pergi..
moga suatu hari nanti ada insan yang mengerti….

memori 8 feb 2011
hasil karya :muhammad nabawi
https://www.facebook.com/notes/muhammad-nabawi/hati-yang-terluka/199860153403013