Masihkah – oleh: Mohd Yusof

Semalam yang berlalu
sunyi dan damai di sudut kamar
memahat jiwa nan lara
menukil bait cinta di bibir merkah
menggamit senyum menusuk kalbu
hanya secebit madah bermadu dan melepas rindu.

Lakaran indah di lipatan memori
mencari realiti erti hidup ini
kembara di luar sedar
kau dan aku berlalu terus
oh, aku sedang bermimpi
di siang hari dan sendiri lagi.
hari esok ku sandarkan jua
seribu harapan tanpa pesan.

Apakah aku masih bermimpi
di siang hari dan sendiri lagi?

Mohd Yusof
05-11-2013 | 12:25 AM
https://www.facebook.com/mohd.yusof.18847

Updated: November 5, 2013 — 1:37 pm

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Puisi © 2015