Beranda » Puisi Penantian » Aku – oleh Lazarus

Aku – oleh Lazarus

Advertisement

Aku
Tertutup rapat, tertutup rapi,
Hanya membawa nafas nafsu nafsi..
Barangkali, nyataan hari ini adalah saksi,
Berikan ku peluang hari ini dengan penuh kasihi..
Ijab kabul di awangan medan fikiran,
Titisan air mata aliran di pipi kerna terlalu inginkan,
Tapi waktu dan Maha ESA menyelesaikan..
Alangkah..
Indahnya jikalau kosong gerakan jasad ini,
Pasti ku jauh melangkah berasa bahagia tanpa mengenang yang tercinta..
Inikan tidak, ku harungi bawanya sekali..
Lillahi, bebannya… Tak terkapai dek hati!
Ku tawakal serah semuanya ke atas NYA..
Apakan daya, ujian demi ujian menimpa menimpa,
Ku hanya sangka kan sekekita,
Tapi ku silap sangkal Maha ESA
Ianya ujian nyata takdir yang nyata..
Bertahun lamanya sudah ku cuba hilangkan yang nyata,
Tak terdaya lagi menahan segalanya,
Inginkan sahaja cabutkan otak dari badanku seadanya..
Supaya kekal berkafan..
Dan hilang selamanya.

Aku – oleh Lazarus
Kuala Lumpur

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *