Beranda » Puisi Masa Lalu » Waktu Yang Relatif – oleh Yang Chong Seng

Waktu Yang Relatif – oleh Yang Chong Seng

Advertisement

Kopi yang dinikmatiku,
Begitu pahit,
Pahit seperti kesusahan kehidupan sekeluarga,
Fikiran dan memori mula muncul dalam mindaku.

Manakah lagi basikalku yang ditunggang bersama kakak?
Sudah ditukar kereta yang bermotor dan moden.
Manakah lagi taman yang ku berkelah bersama keluarga?
Sudah dijadi kilang memproses getah.
Manakah lagi penjual aiskrim di sekolah rendahku?
Sudah menjadi datuk kepada beberapa anak.

Fikiranku jadi serabut,
Ingin cari balik waktu tersebut
Tapi hanya kemusykilan yang dapat dicari.
Sudah membuat satu kesimpulan
Waktu itu,
Hanya boleh meresap ke dalam jiwaku
Tak dapat berhenti dan tak dapat dihentikan
Oleh manusia.

Waktu Yang Relatif – oleh Yang Chong Seng
Kuantan

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *