Beranda » Puisi Cinta » Akulah pemilik cinta paling hebat – oleh Mohd Syafiq

Akulah pemilik cinta paling hebat – oleh Mohd Syafiq

Advertisement

Akulah pemilik cinta paling hebat!
jika bulan boleh kupikat
pasti matahari sedih dan merungut
jika cintaku boleh diduplikat
pasti bahagia warga dunia sejagat
syukur,nilai moralku bukan dibawah agregat
jika tidak,semua lelaki adalah bujang terlajak dan duda merempat!

Akulah pemilik cinta paling hebat!
cintaku likat dalam darah
ligat mengalir tanpa terencat
cintaku kuat!
mampu menyingsing lengan menumbuk perasaan
menyenteng seluar memijak kehampaan
melebar tangan melempar pelukan
Apa dalam pelukanku?
O Cahaya Kebahagiaan!

Akulah pemilik cinta paling hebat!
kedua terhebat selepas segala-galanya tentang tuhan
Aku bangga menjadi pemiliknya!
cuma masih menunggu gerangan gadis watak utama
aku tersekat sedikit terpinga-terpinga, menunggu dan tertanya-tanya
siapakah gadis bertuah yang akan menerimanya?

Ah!
kepada gadis-gadis diluar sana
yang membaca sajak ini dengan rasa hampa
setelah kecewa dengan cinta lama yang lara
janji-janji haprak lelaki durjana
kata-kata manis melaut menyumbat membuat meluat
dan ego tebal lelaki bebal
membuat kau menyesal

Campakkan mereka semua dalam tong sampah memori menyampah!
jangan bersedih dan meneguk pedih
arahkan langkah hatimu padaku
Ayuh!

Akulah pemilik cinta paling hebat – oleh Mohd Syafiq
Lumut perak
www.sajaksyafiqsyahmi.blogspot.com

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *