Beranda » Puisi perjuangan » Menyambar Senyuman – oleh Sufi

Menyambar Senyuman – oleh Sufi

Advertisement

Ketika kejayaan mereka peroleh,
Sinar kegembiraan terpancar suci,
Lafaz syukur kepada Allah, lancar dibibir mereka

Aku hanya mampu memandang,
Kerna kegagalan menyapa bahuku,
Seperti menyuruhku berehat sebentar daripada bergembira

Ketika itu,
Siang yang terang menjadi malam,
Pelangi yang menyinar menjadi kilat,
Menyambar senyuman ku dengan sepantasnya

Buat mereka yang menyayangi ku,
Hanya kesedihan yang ku berikan,
Hanya keresahan yang ku hulurkan,
Mudahnya,
Hanya kegagalan ku hadiahkan buat mereka

Perlu aku berani melalui lorong yang gelap ini,
Tapi bukan dengan berjalan,
Aku perlu berlari,
Agar kejayaan yang aku perolehi nanti, mampu untuk aku hadiahkan buat mereka yang aku cintai

Semoga sokongan dan doa dari mereka, mengiringi badan lemahku untuk sampai ke puncak kejayaan

Aminn

Menyambar Senyuman – oleh Sufi
Pekan

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *