Beranda » Puisi Islami » Awan – oleh Muhammad Nur Iqmal Hakim

Awan – oleh Muhammad Nur Iqmal Hakim

Apabila awan mula berkata-kata,
Lidah mereka kelu tidak terkata,
Khusyuk mendengar si pujangga meluah rasa,
Rasa hati yang terpendam sekian lama,
Tentang adab yang semakin perlina,
Akibat lena dibuai nikmat dunia,
Adab bukan prioriti bagi mereka,
Tapi,
Datangnya awan mengubah segalanya,
Menghapuskan jahiliyah dari dunia,
Menegakkan kebenaran yang nyata,
Tiba suatu masa,
Awan akan berarak pergi,
Untuk membanteras jahiliyah di muka bumi ini,
Hingga terhapus semua jahiliyah dimuka bumi ini,
Awan akan berlalu pergi.

Awan – oleh Muhammad Nur Iqmal Hakim
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
puisiatasawan.tumblr.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *