Beranda » Puisi Rindu » Rindu Lagi – oleh Shafinaz

Rindu Lagi – oleh Shafinaz

Advertisement

Tersemat rindu dikalbu,
Kekasihku yang jauh beribu batu,
Desakan asa meruntun dihatiku,
Bila kau tiada endah padaku,

Kemana hatimu,
Yang dulu terlalu menjagaku,
Pilu… Sungguh hatiku pilu,
Tiada lagi kata sayang padaku,
Tiada lagi ucap rindu padaku,

Kadang terfikir ku sendiri,
Dimana silapnya diri ini,
Kau pergi tinggalkan aku sendiri,
Tercari-cari kau kekasih hati,

Kini tangisan ku tiada erti lagi,
Remuk hati ku tanggung sendiri,
Panah asmara kau patahkan kini,
Sepi terasa bila kau tiada di sisi,

Padamu Tuhan aku bersujud,
Agar diberinya sinar harapan lagi,
Walaupun bukan aku yang disisi,
Senyumannya akan menjadi penyeri hati ini,

Ya Allah.. Jaga dia buatku,
Kerna dia kekasih hatiku,
Walaupun bukan aku yang di paku,
Tapi tetap setia aku menunggu….

Dengan berkat doaku La illaha illallah muhammadarrasulullah

Rindu Lagi – oleh Shafinaz
Kuala Lumpur
http://ratunefertari.blogspot.com/

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *