Beranda » Puisi Pesan » Pulanglah – oleh Nyugem Berinyau

Pulanglah – oleh Nyugem Berinyau

Advertisement

Sahabatku
Yang dulu berbudi lama hilang
Selami jiwamu yang lama tak kau jengok
Apakah khabarnya juga baik sepertimana ajaran agamamu
Apakah bisikannya menuntut kau begitu berseloka
Atau apakah isinya bertatih dalam kemahsyuran kasih tuhan
Jawapannya ada denganmu
selagi jiwamu sejahtera

Pulangkanlah
Dirimu yang dulu seirama dalam tari
Kembalikan hatimu dulu yang bersih bertasbih
Teguhkanlah semangatmu
Bertahta perkasa di jiwa
Sisipkanlah pesan di muka pintu durjana
Agar berkaca manyala rohmu
Membentes nangkkir mungkar
Berpaksi kalimah kitab suci
Makalah yang tak pernah sudah

Serukanlah
Seluruh jiwa raga bergeloramu
Menghimpun doa
menerpa nun jauh saujana singgahsana Maha pencipta
Yang tidak pernah kenal rasa putus asa

Jika bukan kerana rohmu yang berselimut dosa
Lakukanlah demi anak-anakmu
Mereka tidak bersalah walau setitispun
Usah nanti qisas mereka jadi sasaran
Hapuskan niat yang ingin menang dengan syirikmu

Kerana
Tuhan pasti mengadili kita
Di masyar yang pedih penentu
Justeru kembalilah, sedarlah dan bertaubatlah sahabatku
Pulanglah
Pulangkan setiap yang kau telah lakukan
Ke tempat asal tumbuh nadinya
Dan pulanglah kepada dirimu
Yang dulu berbungkus iman dan taqwa
Kerna waktu masih belum terlewat untukmu

Pulanglah – oleh Nyugem Berinyau
Kota Kinabalu Sabah

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *