Beranda » Puisi Persahabatan » Teman Durjana, Sahabat Seirama – oleh Sofia Naznim

Teman Durjana, Sahabat Seirama – oleh Sofia Naznim

Advertisement

Banyak kawan banyak juga lawan.
Diam tak bermaksud lupa.
Hilang tak bermaksud dusta.
Bersuara mana sahabat.
Menjerit baru ada kelibat.
Yang ilmu kau campak.
Yang melalut jua dikepak-kepak.
Tak serupa seperti yang lain, kau merajuk.

Dia pujuk, kau kaku, terperuk.
Bila berkata baik, drama.
Tak akan nak buat jahat, Dia tak terima, baru kau suka? Ikhlas, jujur perlu dirasa.
Kau tu bukan budak tadika.
Dah pandai ada masa depan.
Bersorak riang lupa si peneman.
Usah begitu.
Ada yang baik nak bersahabat, terima dengan hati yang suci.
Tapi kalau orang dah tak berkenan, abaikan, jalani masa depan dengan sahabat yang memahami irama kamu, berjaya bersama dengan nilai terpuji.

Teman Durjana, Sahabat Seirama – oleh Sofia Naznim
Kuala Lumpur
http://snhheritage.blogspot.com/

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *