Beranda » Puisi perjuangan » Pejuang Bahasa Lama – oleh Fairuz

Pejuang Bahasa Lama – oleh Fairuz

Advertisement

Wahai baris-baris pejuang
Dimana menapak jejak kalian
Kini dijajah bahasa dijuang
Dibiar terkulai rebah berhujan

Wahai baris-baris pejuang
Bangkitlah nyatakan tentangan
Seberang samudra kau bisa terbang
Mengapa tanah sendiri ditinggalkan

Layu anak bangsa yang sama berjuang
Hilang arah tuju sepi tanpa kemudi
Lihatlah mereka terus terbuang
Bahasa lama beransur pergi tak dipeduli

Muda-mudi kini hanya minta disanjung
Dalam karya sebuah lagu disangka agung
Hanya kosong durhaka cari untung
Pengkhianat bangsa bertopeng wira
Wajah pura-pura menari tanpa ikut irama
Saksikanlah wahai pejuang bahasa lama

Pejuang Bahasa Lama – oleh Fairuz
Malaysia, Sabah

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *