Beranda » Puisi Rindu » Mendung ku – oleh liz Hashimah Amir

Mendung ku – oleh liz Hashimah Amir

Advertisement

wahai mendung
berlalulah dikau
bawa bersama rinduku
bawa bersama hatiku yang sepi
bawalah bersama rasa sayangku pada dia
bersama rasa cintaku yang mendalam…

wahai mendung..
adakah tidurnya bermimpikan aku
adakah tawanya bersama hatiku
adakah senyumnya bersama tangisku…

wahai mendung…
sampaikan salam kasihku
salam sayangku… salam rinduku
hanya pada DIA kekasihku

wahai mendung…
hanya KAU maha mengetahui…
kerinduan aku pada DIA yang tiada kesudahan…
kerinduan ku yang tiada batasan…

wahai mendung…
beritahu DIA…
aku kesepian ditinggalan keseorangan…
aku kerinduan sejak DIA bepergian…
ku doakan segala kemudahan
ku doakan segala kebahagian
ku doakan segala ketakwaan iman…

wahai mendung…
aku tetap di sini….
menanti dengan penuh kesabaran
dengan penuh harapan….

Mendung ku – oleh liz Hashimah Amir
Melaka

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *