Beranda » Cinta Sahabat » Anugerah Terindah – oleh Sutera Pena

Anugerah Terindah – oleh Sutera Pena

Advertisement

Adakala jiwa ini meronta
Hati menjerit tanpa suara
Airmata menitis tanpa dipinta…
Makin ianya datang menghampiri
Makin bertambah sayu dihati
Makin hari berlalu pergi
Makin ku ingin waktu berhenti…
Susah payah dilalui bersama
Segala yang mendatang disambut rela
Tawa kita menjadi satu
Akrab ibarat isi dengan kuku…
Pertemuan yang tak disangka
Disulam kasih tanpa dipaksa
Dikasihi tanpa mengemis simpati
Menghargai dengan seikhlas hati…
Tiada kata seindah bahasa
Tiada ungkapan meluah rasa…
Mengenalimu tidak pernah ku pinta
Menjadi sebahagian dari hidupmu tak ku duga
Memiliki sahabat sepertimu anugerah tak terhingga…
buat dirimu anugerah terindahku
Biar apa orang berkata
Terima kasih untuk segala
Setiap waktu dan ketika
Banyak kenangan dicipta bersama
Hubunag ini kurniaan yang Esa
Izinkan ku jaga dan pelihara…

Puisi ini karya: Sutera Pena

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *