Beranda » Puisi Sedih dan Galau » Kaca

Kaca

Advertisement

Sebuah kereta berhenti di luar pintu pagar sebuah rumah.
Aku ingat benar rumah itu, tak mungkin ku dapat melupakannya.
Sama halnya dengan nombor telefon ini, yang telah tercacah di dalam ingatan, sejak selama separuh dari jumlah-wujud-nyawaku lamanya.
Kereta itu berhenti disitu. Lama. Terasa lamanya hingga aku pun merasa sudah lama ia parkir di situ.
Bunyi pintu rumah terbuka, entah macamana aku turut merasa sama kelegaan si kereta di pintu pagar.
Kemudian dia keluar. Dia yang cantik. Dia yang jelita.
Aduhai senyuman itu.
Masa, kumohon kau perlahan.
Senyuman itu, aduhai…
Sambil wajahnya terus menguntum senyum indah itu, langkah kakinya melaju ke pintu pagar.
Masih senyum dengan menggetap ulas bibir bwah.
Pintu kereta dipautnya, dan dia pun ditelan kereta itu.
Aku keliru dalam masih khayalkan senyuman tadi.
Keliru sehinggaku terjaga.
Dadaku meremuk-kaca. Ngilu. Terlalu ngilu.

ED, Semarak, 2 Feb 2014.

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *