Beranda » Cinta Bersemi » Cinta yang Kudamba

Cinta yang Kudamba

Advertisement

Suara itu sering membuat aku leka
Suara itu sering membuat aku rindu
Suara itu sering membuat aku gembira
Suara itu memberi aku sinar cahaya
Suara itu yang membuat hidup aku bertambah ceria
Suara itu telah membuat aku rasa bahagia
Ya suara itu jugalah yang amat- amat aku damba
Untuk menjadi halwa telinga setiap ketika
Aku rasa tenang , aku rasa damai,
rasa sungguh syahdu mendengar suara itu..
suatu ketika, aku berada dalam kegelapan
kau muncul menyuluh jalan dengan cahaya pelitamu
meski cahayamu tidak terlalu terang,
namun ia masih mampu memberi jalan
untuk aku trus melangkah maju ke hadapan
aku rasa selesa dengan ditemani cahaya pelitamu
harap ianya tidak kekeringan minyak
tidak kehilangan sumbu,
setialah menemani aku setiap detik setiap ketika
kerna hanya dirimu yang aku ada
aku benar – benar ingin dikau setia disampingku
harap kau tak pernah jemu
menempuh hari – hari yang bakal mendatang
bersama membina mahligai istana
bersama kasih bersama sayang
menyulam rindu menyemarakkan cinta
semoga hubungan ini kekal ke akhirat jua

oleh: Namiasyaila

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *