Beranda » Cinta Illahi » Berikan Aku Cinta

Berikan Aku Cinta

Advertisement

Berpaling aku daripada mu itu bukan niatku,
terpadamnya lampu-lampu dihatiku bersama kelip-kelip rindu,
melayang-layang rasa pilu,
jantungku tak mungkin berdegup tanpa nadi cintamu,
aku masih berdiri tanpa rasa malu,
tarik nafas lega ku,
mengincah kelodak dijiwa yang lalu,
janji ku,
jenaka ku,
bisik ku jemu,
menggumam tanda keliru,
maha rindu ku kerana kamu,
ingin aku mendekati mu,
ingin aku mengenali mu,
ingin aku merasakan cinta daripada mu,
maafkan aku dari hujung dunia hingga ke hujung pintu syurga,
maafkan aku yang terleka didunia fana,
ku angkat telunjuk ku ke barat cinta,
tunduk sujudku,
ku sembah,
tangisku bukan kerana aku,
tapi kerana kamu yang setia menunggu ku,
kelip-kelip rindu menerangi kegelapan hati ku,
dan kau masih setia menunggu,
dan menunggu ku.
berikan aku cinta…

Marli Syukor
https://m.facebook.com/pelangixberwarna

Advertisement

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *