Beranda » Puisi Cinta » Puisi Dari Syurga

Puisi Dari Syurga

Advertisement

Merindukanmu seperti merindukan Syurga..
Meski tiada malam kita lewati tanpa kecupan..
Yang selalu kuagungkan di anggun matamu..
Ijinkan aku ke Syurga..
Bukan untuk menikmati keelokannya..
Bukan untuk menikahi para bidadari..
Aku ingin menulis puisi di sana..
Seuntai bait yang kutorehkan pada mata airnya..
Kuhanyutkan lewat riak berkereta buih putih..
Hingga sampai ke muara cinta kita..
Dan sang mentari mengantarnya ke langit..
Menyatu dengan awan gemawan..
Lalu bayu menjelmakannya menjadi hujan..
Yang menemui rindumu mengantar sejuk..
Di ketika itu engkau akan faham..
Engkaulah kekasihku..
Dakulah kekasihmu..

By: Bayu Sastra
http://catatan-asv.blogspot.com

Advertisement

4 thoughts on “Puisi Dari Syurga

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *